Ilmumaju Services
IKLAN - RM 20 Sebulan Size 468 x 60 (atas entri post)

Saturday, July 9, 2011

Lintasan Penuh BERSIH 2.0 ( keadilandaily twitter )

Lintasan Penuh BERSIH 2.0 ( keadilandaily twitter )

5.24 PM: Lebih 1,000 peserta himpunan aman dinafikan akses kpd peguam, menyalahi Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan, kata Fadiah Nadwa Fikri dr LFL

5.23 PM: Dijangkakan 50,000 hadir. Walau gagal serah memorandum, akan teruskan kempen dgn cara berhemah. Antaranya pemakaian baju kuning.

5.22 PM: Sidang media bersama J/kuasa Pemandu di perkarangan Hotel Midah. Himpunan berjaya

5.10 PM: Anggota polis masih berlegar di sekitar KLCC. Aktivis Bersih pula dilaporkan sudah bersurai di depan KLCC

4.51 PM: Peserta himpunan menuju ke Kg Baru. Melintasi Ampang Park

4.50 PM: Jawatankuasa Bersih dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

4.44 PM: Polis beserta trak FRU menembak air kimia ke arah orang ramai di KLCC, meskipun mereka mulai hendak bersurai.

4.35 PM: Tian Chua: Presiden Pas, Abdul Hadi sedang berada dalam trak polis, di Balai Polis Jinjang. Sekurangnya 100 ditahan si sana.

4.31 PM: Polis terus gempur peserta himpunan yang dalam perjalanan pulang di Masjid Negara hingga ke Pasar Seni



4.24 PM: Trak polis mula di tiba di KLCC untuk menyuraikan ribuan orang ramai yang membanjiri sekitar.

4.22 PM: Pimpinan Pakatan, Dr Hatta Ramli, Chegu Bard, Dr Chua Jui Meng, Syed Shahir, Nasruddin Tantawi kini bersama ribuan peserta di KLCC

4.18 PM: Jkuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad, berkata jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli Pas akan berhimpun di hadapan Bukit Aman.

4.15 PM : Pas memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan.

4.13 PM: RIbuan peserta mula berhimpun di depan KLCC, bilangannya dijangka terus meningkat.

4.13 PM: Polis menyerbu peserta himpunan yang mahu pulang dihadapan Dewan KLSCAH

4.07 PM: Dr Hatta Ramli dan Chegu Bard bersama himpunan rakyat di depan KLCC. Mereka menyanyikan lagu Negaraku.

4.05 PM: Mkini- Jawatankuasa pemandu Bersih, diketuai A. Samad Said gagal menyerahkan memorandum kepada YDPA, selepas dihalang polis

3.59 PM: Ketua Pemuda PAS perarakan kearah KLCC

3.58 PM: Doa dibacakan oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Beliau memohon kesejahteraan peserta himpunan

3.57 PM: Ribuan sedang menuju ke arah KLCC sambil melaungkan Bersih dan Reformasi!

3.54 PM: Seorang peserta dilapor patah kaki di hadapan Hospital Tung Shin.

3.53 PM: Perarakan sedang melepasi monorail Sultan Ismail menuju kearah KLCC

3.52PM :kira-kira 500 terperangkap di Jalan Pudu, dekat Hospital Tung Shin.

3.50 PM: Perarakan diteruskan sedang melepasi Menara Sunway jalan Ampang

3.47 PM: Helikopter berlegar2 diruang udara memerhati pergerakkan perhimpunan.

3.43 PM: Perarakan secara aman sedang bergerak lancar melepasi bangunan AIA.

3.38 PM: Perarakan secara aman menuju kearah KLCC

3.30 PM: Suaram kutuk intimidasi polis. Berhimpun secara aman adalah hak yang termaktub dlm plembagaan. Suaram tuntut bebaskan tahanan dgn segera!

3.20 PM: Polis lepaskan tembakan kearah rakyat CM.

3.19 PM: Menurut N Surendran, beliau melihat sendiri tembakan gas disasarkan secara tepat ke arah Anwar bertujuan mencederakan atau mencacatkan Anwar

3.19 PM: Majlis Peguam menyelar tindakan kasar polis terhadap peserta himpunan . Kenyataan rasmi akan dikeluarkan malam ini

3.10 PM: Peserta himpunan kembali berhimpun. Disusun oleh Dr Hatta Ramli & Datuk Chua Jui Meng

3.06 PM: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap polis di Pasar Seni.

3.04 PM: 20ribu berarak di Jalan Hang Jebat bersama Dr Hatta, Yb Zuraidah.

3.03 PM: Tong gas pemedih mata ditembak secara terus ke arah Anwar, pengawal peribadinya cedera parah

3.02 PM: Sebahagian peserta himpunan dilapor telah mula membanjiri Stadium Merdeka.

3.01 PM: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua ditangkap dan kini berada dalam trak polis.

2. 57 PM: Sehingga jam 2 petang, sumber PDRM menyatakan 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.

2.54 PM: Ambiga dan anak DS Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Hana ditangkap polis

2.54 PM: Seorang wartawan TV Selangor, Radzi Razak dikasari pihak polis. Beliau didakwa dipijak beberapa anggota polis.

2.44 PM: Polis melepaskan tembakan gas terus ke arah Anwar, Haji Hadi dan Kit Siang

2.41 PM: Polis sekat jalan depan Pasar Seni utk halang sekitar 1000 peserta Bersih yg ingin berarak ke Pudu

2.41 PM: Latest: Polis 'menunggu' bsama 10 trak di hadapan Central Marke

2.40 PM: Datuk Seri Anwar dilapor cedera semasa terkena tembakan gas. Manakala pengawal peribadi beliau cedera dipukul.

2.39 PM: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar dilaporkan cedera di KL Sentral. Beliau kini dikatakan kembali semula ke Hilton

2.35 PM: Pengerusi Bersih, Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah ditangkap polis

2.34 PM: Polis lepaskan puluhan gas pemedih mata di Jalan Pudu. Hujan lebat, namun peserta himpunan masih terus bertahan

2.30 PM: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dilaporkan ditahan polis

2.28 PM: Trak FRU menghalang perarakan orang ramai yang datang dari arah KL Sentral. Gas-gas pemedih mata dilepaskan.

2.26 PM: Trak-trak FRU di Stadium Merdeka mula bergerak menuju ke pusat bandar, dipercayai untuk mengganggu peserta himpunan berhampiran Puduraya

2.21 PM: Polis dilapor bertindak ganas dengan mengheret dan memukul orang ramai di depan Pudu Raya. Seorang cedera dengan kepala berdarah.

2.18 PM: Tidak kurang 15,000 orang berarak di hadapan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Razak, meski polis melepaskan gas-gas pemedih mata.

2.13 PM: Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri menyelar tindakan polis menghalang himpunan dan menangkap termasuk Wanita.

2.12 PM: Puluhan ditangkap di sekitar Puduraya. W/pun peguam pemerhati telah nyatakan hak, polis masih teruskan. Hujan renyai di kawasan sekitar

2.09 PM: Polis di StadiumMerdeka bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing daripada hujan lebat

2.05 PM: Peserta himpunan aman melepasi kawalan polis di Masjid India dan menuju Stadium Merdeka menerusi IPD Dang Wangi

2.04 PM: Orang ramai terpaksa bersolat di dlm KTM KL kerana tidak dibenarkan memasuki Masjid Negara

1.54 PM: Rakyat sudah tidak berganjak. Orang ramai datang dari pelbagai arah dan penjuru. Rakyat mara terus, menuntut pilihan raya adil dan bebas.

1.53 PM: Polis mula menyembur gas pemedih mata di Puduraya

1.52 PM: Tinjauan berhampiran Masjid Bukhary Jln Hang Tuah polis menghalang umat Islam menunaikan solat Zuhur di masjid

1.48 PM: FRU menyembur air kimia. Peserta himpunan mengundur ke Jalan Petaling dan Jalan Pudu

1.47 PM: Berdekatan Masjid India, polis tahan seorang wanita yg merakam gambar 4 polis menahan seorang lelaki sehingga butang baju lelaki itu terbuka


1.46 PM: Orang ramai dihalau 'polis' dilarang bersolat di Masjid Negara

1.41 PM: FRU menyembur air kimia, namun peserta berkumpul kembali

1.39 PM: Dr Hatta Ramli mengetuai peserta di Maybank, laungan hancur-hancur BN, hidup rakyat bergema.

1.37 PM: Pengerusi Bersih, Ambiga dilapor akan mula bergerak bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke Stadium Merdeka dari Hotel Hilton

1.36 PM: Pemeriksaan beg sedang dilakukan sebelum dibenarkan solat di Masjid Negara

1.36 PM: Kumpulan dari Plaza Pudu telah bergabung di hadapan Menara Maybank. Dianggarkan lebih 10,000 hadir

1.33 PM: Peserta himpunan Bersih dari Petaling Street berpatah semula ke Jalan Tan Cheng Lock selepas bertembung dengan sekatan jalan raya

1.31 PM: Awal pagi ini lima perarakan berasingan bermula: Menara Maybank, Sogo, Petaling Street, Masjid Jamek, Kompleks Daya Bumi

1.25 PM: Rasmi dari polis: 514 ditangkap (478 lelaki dan 36 wanita)

1.24 PM: Peserta himpunan di hadapan Puduraya. AJK Pas Pusat, Dr Hatta Ramli sedang berucap

1.17 PM : Lebih 5000 berkumpul di hadapan menara Maybak

 1.12 PM : Polis buat sekatan halang ke Masjid Jamek

1.08 PM: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ditangkap dan di bawa ke Pulapol Jalan Semarak.

1.05 PM: Salah seorang aktivis di tangkap memiliki Tshirt Bersih

1.02 PM: Sesi penangkapan bermula di sekitar Pasar Sen

12.56 PM: Kira-kira 100 anggota polis sedang menuju ke arah Pasar Seni untuk tangkapan

12.54 PM: Lebih 1,500 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.50 PM: Polis menahan pergerakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya

12.45 PM: Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob dilaporkan dibawa ke Balai Polis Jinjang

12.45 PM: Orang ramai sudah mula berhimpun di sekitar jalan menuju Stadium Merdeka. Trafik dan anggota polis semakin ramai menunggu peserta himpunan

12.42 PM: FRU dan Polis melepaskan tembakan di hadapan Agro Bank

12.41 PM: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dilaporkan ditahan di KL Sentral

12.37 PM: FRU beri arahan "bersurai, atau kami akan tembak"

12.36 PM: Polis dilaporkan menghalau orang ramai yang berkumpul berhampiran Masjid Jamek dan trak FRU yg diparkir di kawasan berhampiran mula bergerak

12.33 PM: Perarakan berterusan ke jalan Mahkamah

12.28 PM: Anwar berbaju kuning bersama isteri dan beberapa pengiring. Turut kelihatan Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Saifuddin Nasution Ismail.

12. 28 PM: Polis tahu lokasi bari di Menara Maybank, 200 anggota kepung dan tutup jalan di bawah stesen LRT Masjid Jamek

12.26 PM: Ketua Umum KEADILAN, DS Anwar Ibrahim sedang bersedia untuk berarak dari Hotel Hilton KL. Jika tiada tangkapan beliau akan bergerak jam 1.15

12.25 PM: Perarakkan sedang berjalan ke arah Masjid Jamek dgn laungan Takbir dan Reformasi!

12.24 PM: Lokasi baru perhimpunan di Menara Maybank dikawal ketat 200 anggota polis.

12.21 PM: Menurut laporan, sekitar 1000 orang sudah mula berarak berhampiran Pasar Seni dan melaungkan "Bersih, Bersih, Bersih SPR!"

12.17 PM: Kedengaran laungan Reformasi dari Aktivis Bersih sedang berarak di LRT Pasar Seni

12.09 PM:6 org lagi di tangkap di Stesen KTM K

12.06 PM: Enjit-enjit semut siapa polis naik atas; enjit-enjit semut siapa Bersih kena cantas! ( A. SAMAD SAID)

12.06 PM: Dipercayai pimpinan tertinggi Pakatan sudah mula bergerak masuk ke Kuala Lumpur utk turut sama memimpin perarakan Bersih ke Stadium Merdeka

12.05 PM: FRU sedang bersiap sedia di dalam tempat masuk stesen KTM KL

12.01 PM: 14 orang ditangkap di Stesen KTM KL

11.55 AM: Khalayak paling ramai dilaporkan di sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara

11.51 AM: Polis menghalau keluar orang ramai di KTM lama

11.42 AM: Pintu masuk utama Stadium merdeka ditutup dengan kawat besi. Beberapa trak polis ditempatkan di hadapan stadium.

11.40 AM: Sekitar 18 orang difahamkan telah ditahan oleh Polis di sekitar Sogo

11.39 AM: Kedai jualan di sekitar Masjid Jamek dilaporkan kian meriah dengan satu persatu mula dibuka dan dikunjungi rakyat walaupun polis berkawal

11.37 AM: Menurut polis, seramai 236 orang ditahan sehingga jam 11 pagi

 11.33 AM: Monorail ditutup di Stesen Hang Tuah dan Stesen Maharajalela

11.30 AM: Operasi di KL Sentral berjalan seperti biasa

11.17 AM: Ibu negara seolah-olah menjadi negara polis kerana hampir semua laluan disekat polis terutama di hadapan Sogo.

11.05 AM: Stesen Monorel Hang Tuah aliran Ampang dan Stesen Monorel Maharajalela dilaporkan ditutup

11:03 AM: Stesyen Hang Tuah & Maharajalela Monorail telah ditutup atas arahan polis

10:52 AM: Seramai 100 orang polis dikerah menjaga lorong-lorong di Jalan Tuanku Abdul Rahman.


10:46 AM: Gas pemedih mata sudah mula ditembak di KLCC.

10:43 AM: Helikopter dilaporkan mengelilingi kawasan sekitar Kampung Baru dan Chow Kit.

10:25 AM
: Pihak Polis mula menunjukkan kekerasan menghalau orang awam supaya beredar di sekitar Jalan TAR. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

10:24 AM
: Polis telah menahan 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan di kawasan Sogo, kesemua mereka akan ditahan di Pulapol Jalan Semarak.

10:23 AM
: Stesen TV Al-Jazeera kelihatan sedang membuat liputan mengenai Bersih 2.0.

10:21 AM: Stesen LRT Hang Tuah telah ditutup.

10:20 AM: Setakat ini disahkan lebih 21 orang sudah ditahan oleh pihak Polis.

10:14 AM: Peserta Bersih membanjiri Masjid Negara, dianggarkan lebih daripada 1000 peserta.

10:12 AM: Hampir 300 anggota Rela dilaporkan berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman.

10:05 AM: 4 orang lagi ditahan di Wisma Maju Junction kerana T-Shirt yang dijumpai didalam kereta. Sila hindarkan diri dari bertembung dengan pihak Polis.

10:01 AM: Hampir 100 anggota polis berkawal di hadapan Masjid Kampung Baru. Turut ditempatkan adalah 6 trak polis di beberapa jalan ke Kg Baru.

9:42 AM: Sekatan jalan dari Jalan Templer ke Jalan Klang Lama. Trafik sangat sesak.

9:37 AM: Peserta Bersih dinasihatkan jangan berada di 'hot spot' terlalu awal untuk mengelakkan tangkapan awal.

9:36 AM : Sila berhati-hati kelihatan Polis sudah mula berpakaian seperti orang awam.

9:35 AM: Kawasan sekitar Sogo masih ditutup oleh Polis.

9:20 AM: 8 orang telah ditangkap termasuk 2 orang AMK(Johor)mereka ditangkap di sekitar kawasan Masjid Jamek.

9:16 AM: Polis mula bertindak memeriksa My Kad sesiapa yang berada di KTM & LRT. Bagi peserta Bersih yang menggunakan perkhidmatan awam sila berhati-hati

9:13 AM: Dataran Merdeka telah dikunci. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk. Larangan masuk juga dikenakan kepada wartawan.

9:02 AM: Trak FRU sudah kelihatan di stadium Merdeka.

8:59 AM: Helikopter Polis kelihatan berlegar di kawasan Stadium Merdeka setiap 15 minit.

8:51 AM: Polis mula blok jalan-jalan utama ke Stadium Merdeka.

8:43 AM: Kumpulan dari Bukit Bintang sedang bergerak menuju ke Masjid Negara.

8:34 AM: STESEN KTMB KUALA LUMPUR LAMA SUDAH RAMAI PEJUANG RAKYAT BERHIMPUN. DIKHABARKAN RESTORAN MAMAK HAMEED PENUH SESAK UNTUK MENJAMU SELERA.

8:32 AM: KTM KOMUTER BEROPERASI SEPERTI BIASA! TURUN DI STESEN TERDEKAT DENGAN LOKASI HIMPUNAN DI STADIUM MERDEKA (KL SENTRAL ATAU KUALA LUMPUR LAMA). BERGERAK DALAM KUMPULAN KECIL.


klik disini untuk lintas langsung malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...