Ilmumaju Services
IKLAN - RM 20 Sebulan Size 468 x 60 (atas entri post)

Tuesday, September 20, 2011

Beza 2 Pemimpin

 Pemimpin Mesra dengan Rakyat untuk mengaburi mata rakyat

Sumber. - Utusan

 Sumber- utusan

Sumber -  Utusan


Pemimpin yang memimpin rakyat untuk redha Allah

 
Sumber- rakyat

Sumber - rakyat


 Sumber - rakyat

 Manisnya jika mereka dapat membezakan mana yang hak dan mana yang batil.....my cakna....


Tuesday, September 13, 2011

Tarikh PRU harus ditetapkan bersama

Pakatan Rakyat mahu terlibat sama menentukan tarikh pilihan raya umum bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas.

Ini antara lima prasyarat yang dibentangkan dan mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan berhubung perkara itu sebelum mereka memutuskan menyertai PSC.

"Kerajaan memberi jaminan tentang pembubaran parlimen dengan kata sepakat BN dan Pakatan, seperti mana yang diamalkan di UK antara parti Konservatif dan parti Liberal Demokrat.

"Apa salah ia menjadi satu amalan, supaya nampak iltizam untuk reformasi pilihan raya," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (atas, berjaket).

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pakatan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Najib tidak perlu gopoh membubarkan parlimen sebelum membuat pembaharuan sistem pilihan raya.

Katanya, kerajaan juga masih mempunyai masa sehingga 8 Mac 2013 untuk membolehkan PSC mengkaji cadangan pembaharuan itu.

Monday, August 15, 2011

DAP masuk UMNO ganti MCA ??

Jangan HARAP !!. DAP tetap bersama PAKATAN RAKYAT


DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN
Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.

"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.

"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.

Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.

"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".

"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."

Sunday, August 14, 2011

Pesanan Tuan Guru Nik Aziz

"Tenang fikiran ini merupakan satu nikmat yang besar yang datang dari Allah SWT. Orang kaya belum tentu tenang. Sikit-sikit telefon berbunyi, minta hutang.. minta derma, minta nak jumpa, bayar cukai dan sebagainya. Hasilnya, ramai orang kaya yang bunuh diri. Tapi orang Islam, apa jua yang dia hadapi, dia tenang sebab dunia ni hanya ghetok (jambatan) ke akhirat."

Kuliah di Medan Ilmu 19 Febuari 2011.

Thursday, August 11, 2011

Murahnya nilai rakyat bagi kerajaan umno sanggup perkosa bangsa sendiri !!

Banduan penjara di Kelantan dakwa dibogelkan


Seorang bekas banduan di Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan mendakwa hak asasinya dicabul sepanjang dua minggu penahanannya itu.

Ahmad Syauqey Abdul Ghani berkata dia dan 113 banduan lain diarahkan oleh warden penjara untuk berbogel beramai-ramai pada hari dia dihantar ke penjara iaitu pada 23 Jun lalu.

“Saya dalam keadaan takut dan keliru bersama-sama dengan rakan banduan yang lain terus menelanjangkan diri beramai-ramai. Keadaan sedemikian sangat mengaibkan saya.

“Arahan diberi secara berperingkat melibatkan 10-20 banduan pada satu-satu masa. Kami kemudiannya sekitar 20 orang diarah untuk pergi berak. Keadaan ratusan manusia bogel sangat dasyat, memalukan dan di luar perikemanusiaan,” tulisnya kepada Malaysiakini dalam emel.

Bekas sukarelawan dengan pemantau pilihan raya Mafrel itu sempat melakarkan beberapa keping lukisan bagi menggambarkan keadaan di situ.

Katanya, dia dan rakan yang lain kemudian diminta untuk berjalan dalam keadaan telanjang bulat ke kawasan bilik air.

Tuesday, August 9, 2011

Najib akui UMNO berpecah ikut puak

 Berikut kata2 Najib ketika di Putrajaya..
"....Janganlah kita mewujudkan politik mengikut puak masing-masing di peringkat bahagian."- Kata Najib

 Baca tajuk berita tu mula2 dah tahu dalam umno pun demokrasi dah MATI. ahli sepatutnya pilih pemimpin, bukan pimpinan sendiri pilih pemimpin!!. Semoga terkubur lagi cepat UMNo ni..(rujuk berita tersebut di bawah)


PRU: Najib minta Umno jaga rumah tangga, calon biar pimpinan tentukan
PUTRAJAYA, 9 Ogos — Datuk Seri Najib Razak mengingatkan ahli-ahli Umno agar mengukuhkan perpaduan dan penyatuan di peringkat bahagian yang menjadi tonggak kekuatan kepada parti dan untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri berkata ini kerana sesuatu bahagian merupakan rumah tangga induk dalam pertubuhan dan kekuatan parti bersandarkan kepada kekuatan bahagian.

Najib yang juga Presiden Umno berkata ia merupakan antara tiga faktor yang menjadi panduan kepada anggota parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya berharap kita semua dapat menjaga “rumah tangga” kita dalam parti terutama sekali di peringkat bahagian. Jika benar-benar padu, seia-sekata, kita akan beri kekuatan yang lebih untuk berjaya dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau dipetik Bernama Online.

Monday, August 8, 2011

Dr Mashitah kata Pas 'Parti Aloh Sokmo'.. Gapo tu? ambo dok pehe..

Utusan menyalak lagi semalam, dengan mengeluarkan kenyataan parti PAS 'aloh sokmo'.. di bawah kenyataan Dr mashitah. Aku saje je post, aku sendiri pun baca atas je,haha


Pas - 'Parti Aloh Sokmo'
SEBAIK-BAIK Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar Pas baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang Pas membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan Pas sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "Pas aloh ko DAP" (Pas kalah kepada DAP).

Ini hakikat yang sukar diterima orang Pas. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong Pas akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya.

Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas akan ditubuhkan untuk membincang kandungan negara berkebajikan yang diinginkan Pas. Sebagaimana konsep negara Islam, Pas bercakap dulu, fikir kemudian.

Dan dalam hal ini, Pas kena memerah otak untuk mengisi konsep negara berkebajikan yang masih tidak jelas. Saya percaya sebahagian besar yang difikirkan ialah bagaimana memastikan konsep negara berkebajikan tidak ditentang juga oleh DAP nanti. Pas kena pertimbangkan perasaan DAP dan risiko daripada tentangan politik dari aspek ideologi.

Keputusan Kerajaan Kedah menarik balik arahan melaksanakan peraturan terhadap premis hiburan di bulan Ramadan adalah satu lagi episod "Pas aloh ko DAP". Walaupun pemimpin Pas memberi pelbagai alasan bahawa ia bukan demikian dan memberi macam-macam putaran terhadapnya, hakikatnya ialah keputusan itu dibuat setelah diugut oleh Karpal Singh.

Sunday, August 7, 2011

Gempar ! Tokoh AKademik Melayu Join DAP !



Apaa kata Najib??

Mana pergi kerajaan melaka yang ambil berat tentang islam? Apakah ini?

 Nur tiada pilihan
SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.

“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70.

“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu.

Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.

“Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

Friday, August 5, 2011

Qaryah Ramadhan 1432H [kelantan]

Wednesday, August 3, 2011

semua telah tersebar, siapa hina siapa !!

Persatuan kontraktor bidas MCA kerana hina Melayu
Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mendakwa MCA menghina kemampuan dan keupayaan kontraktor bumiputera apabila parti itu mempertikaikan pemberian kontrak kepada mereka.

“Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?” kata pemangku yang dipertua persatuan itu Datuk Izham Merican dalam satu kenyataan media.

Sebaliknya, beliau memuji dan menyanjungi ketua menteri Lim Guan Eng (kiri) yang bersikap profesional tanpa mencampur aduk politik dan kaum dalam usaha membantu rakyat, di samping sering menyatakan pendirian berdasarkan fakta dan maklumat yang benar.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang kerana menuduh Lim sebagai anti-Cina semata-mata kerana kerajaan negeri, di bawah sistem tender terbuka, telah meluluskan projek kepada kontraktor bumiputera.

Izham juga mengingatkan MCA supaya sedar bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, termasuk dalam masyarakat Cina sendiri.

Tuesday, August 2, 2011

Monday, August 1, 2011

Jom Pakat Protes BN

PAS lancar kempen "Protes BN"
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, PAS mengajak seluruh warga negara ini bersama mereka dalam kempen membantah kenaikan harga barang.

Kempen tersebut yang dikendalikan Lajnah Pengguna PAS, akan dilancarkan 20 Ogos ini dengan pelancaran Kelab Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN sebagai permulaan.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Protes BN adalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung peningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.

"Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN.

"Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh negeri termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah.

Untuk tujuan itu juga, satu laman web khas akan diwujudkan.

"Kita akan memberitahu rakyat, kenapa mereka dibebankan dalam masa yang sama pemimpin negara boleh terus bermewah-mewah," tegasnya lagi.

Wednesday, July 27, 2011

Penyatuan UMNO PAS boleh terjadi....

Nampaknya UMNO tidak serik lagi ingin mengajak PAS bersatu dengan mereka. dalam malaysiakini berita bertajuk Umno masih harap dapat kerjasama dengan PAS jelas menunjukkan UMNO semakin hilang taring. apabila semakin banyak undi melayu, cina dan india mula beralih kepada undi pakatan rakyat (PR)..

Pernah Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu, jika Umno sanggup meletakkan Al-Quran dan AÑ•-Sunnah sebagai dasar perjuangan, maka tiada lagi PAS selepas itu.


UMNO masih tak faham dan masih buat2 tak faham. sebagai umat islam, mereka (UMNO) sepatutnya mengejar redha Allah bukan harta, pangkat semata-mata. rakyat sendiri di tindas, dipukul, di sinis seperti rakyat ini tiada harga di sisi mereka. mereka lupa bahawa pejuang-pejuang Allah rela dihina di mata manusia daripada dihina di mata Allah !!..

Penyatuan UMNO-PAS boleh terjadi jika UMNO terima islam 100%. jangan letakkan islam di bawah perlembagaan lagi dan undag-undang malaysia hendaklah megutamakan hukum Allah dari hukum yang di cipta Manusia..jika ada saat itu, mungkin PAS sudah tiada (bubar), yang ada hanyalah kerajaan islam yang adil yang berbakti kepada seluruh umat! .

Monday, July 25, 2011

TERKINI!! ..Lambang Zionis (Star of David) di duit syiling baru..


Hari ni terbaca berita tentang pengumuman baru di mk, tentang siri duit syiling baru dikeluarkan tahun depan dan di atas saya menunjukkan gembar duit syiling tersebut. adakah anda perasan gambar duit syiling 10sen yang baru? ada lambang bintang zionis !!. aku sendiri kurang pasti adakah ini agenda tersembunyi menyebarkan zionis @ secara kebetulan..Cuba korang perhatikan bebrapa logo zionis di bawah..

Najib kata tugas kerajaan UMNO lindungi rakyat.... tapi nampak seperti lindungi UMNO je

 Najib: Tugas k'jaan lindungi nyawa, harta benda rakyat
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam blognya, www.1Malaysia.com.

Beliau berkata perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara baru-baru ini telah menunjukkan rakyat menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Insiden terbaru di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyagikan kita dengan ujian penting.

"Keputusan kita sebagai kerajaan adalah untuk melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum yang bergantung mata pencarian mereka di Kuala Lumpur," katanya.

Najib berkata dengan membenarkan satu kumpulan mengadakan demonstrasi, maka ia akan memberi peluang kepada pihak lain menggunakan kaedah sama untuk menimbulkan peristiwa menggemparkan atau isu kontroversi yang mendapat perhatian awam.

"Tanpa menghiraukan janji-janji untuk demonstrasi aman, ia hanya mengambil sebilangan kecil kumpulan yang terlampu ghairah untuk mencetuskan keadaan bertambah buruk dengan menyerang penonton tidak berdosa atau merosakkan harta benda.

"Adakah berbaloi untuk kita mengambil risiko? Oleh itu, sebagai Perdana Menteri, ia menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi segera kepentingan masyarakat umum berbanding kepentingan sekumpulan kecil penentang," katanya.

Saturday, July 23, 2011

Adakah betul Muhyidin habaq? rasanya dia tak pi pun BERSIH 2.0. duduk menyorok ja...

 Video polis adalah rakaman sahih dan sah, kata TPM

Rakaman video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu.

"Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Friday, July 22, 2011

Terbaru !! Taklimat & sidang media khas PDRM - Tayangan video insiden BERSIH 2.0



Video paling kelakar!,hehe.. mycakna baru tengok separuh, sakit mata dah.. mana pergi semua semburan water cannon, terajang sana sini.. Hmm..anak sedara aku pandai edit video macam ni dan ulasan yang kebudak-budakan!..PDRM terbaik !!

Thursday, July 21, 2011

Pelancong asing pun dapat baju Patriot memalukan!

SEBELUM ini heboh disiarkan di blog-blog dan laman portal berita alternatif menunjukkan gambar warga asing Bangladesh memakai baju Patriot untuk sama-sama berhimpun menentang perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.
Kali ini, salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan beberapa keping gambar yang mendedahkan bahawa perhimpunan Patriot diketuai oleh Ketua Pemuda United Malays No Otak, Khairy Jamaluddin turut menggunakan pelancong asing dari Timur Tengah dan Barat.
Kegagalan Patriot mendapatkan sokongan rakyat bagi menentang perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah memaksa mereka menggunakan warga asing, termasuk pelancong asing menyertai perhimpunan mereka. Ini bertujuan untuk menampakkan kononnya ramai rakyat Malaysia yang menyokong Patriot (sebut Pakturot).
Modus operandi mereka dipercayai menggunakan bendera jalur gemilang (bendera Malaysia) untuk memperdayakan warga asing yang langsung tidak faham apakah tujuan perhimpunan itu diadakan. Warga asing yang tertipu akan menyangka perhimpunan itu sebagai perarakan biasa sedangkan ia hanyalah perhimpunan provokasi terhadap BERSIH 2.0.
Apa yang jelas Perhimpunan bodoh Patriot (sebut Pakturot) gagal mendapat sokongan rakyat. Mereka sekadar berjaya membawa pencacai upahan dan warga asing yang tertipu turun berhimpun tak sampai satu jam pun. BERSIH 2.0 langsung tak rasa tergugat, bagaikan harimau digigit anak cicak, calar pun tidak apatah lagi luka berdarah?

PERKASA jangan ditanyalah, bayang pun tak nampak Bapak Katak menyorok bawah tempurung kot...

ReJaM© "Hari ini guna warga asing, lain hari gadai negara pula kepada orang asing..."

Milosuam

Suruhanjaya syor semua prosiding di pejabat SPRM dirakam CCTV [dunia tidak akan selamat selagi ada UMNOI]

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta meningkatkan infrastruktur di premis dan pejabatnya termasuk menyediakan kamera pengawasan untuk merekod pergerakan dan perlakuan setiap orang yang memasuki atau meninggalkan pejabat atau mana-mana biliknya.

Itu antara cadangan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock dalam laporannya bagi menambah baik aspek perlindungan saksi yang sedang dalam siasatan SPRM bagi mengelak sebarang kontroversi seumpama kes kematian Teoh berulang.

Cadangan yang dikemukakan itu merupakan pendapat kesemua ahli panel Suruhanjaya Diraja itu berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan semasa perjalanan siasatan kes berkenaan, demikian dipetik Bernama Online.

Selain penambahbaikan infrastruktur, Suruhanjaya Diraja itu turut mengusulkan supaya SPRM meneliti prosedur sedia ada supaya lebih mantap dan berkesan dan menilai semula kelayakan masuk perkhidmatan dan latihan pegawainya.

Bagi meningkatkan aspek infrastruktur, Suruhanjaya Diraja itu berpendapat SPRM perlu mengadakan bilik menunggu yang ditetapkan untuk menempatkan saksi sementara menunggu ditemu bual atau pernyataannya direkod.

Mana ada orang nak mengaku jahat wahai POLIS ku..aduhai

 Bersih 2.0: Polis tayang video tunjukkan “imej positif’ PDRM
KUALA LUMPUR, 21 Julai — Polis hari ini telah menayangkan rakaman video berhubung Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di ibu negara sambil menegaskan tiada kekerasan dilakukan ke atas peserta perhimpunan.

Bagaimanapun dalam sesi penerangan dijelaskan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid, rakaman-rakaman itu hanya menayangkan “kebaikan” yang dilakukan polis ke atas peserta dan tidak secara keseluruhan tentang apa yang berlaku.

Bahkan, sepanjang penerangan itu Salleh lebih banyak mengatakan polis bertindak secara berhemah dan menyalahkan peserta kerana melakukan provokasi.

Keputusan akhir Chelsea Malaysia


CHELSEA vs MALAYSIA

1-0

* sila rujuk web yang berkaitan untuk mengetahui lebih penjelasan
Nota: tahniah malaysia kerana dapat mempertahankan gol hanya 1 untuk chelsea.pertahanan yang terbaik!!.. 5 stars for Malaysia!!.. hope berjaya lawan dengan singapura nanti..

Keputusan Malaysia Chelsea [updated]


CHELSEA vs MALAYSIA

1-0

Chelsea mendahului buat masa sekarang


Sila refresh atau rujuk shout box di bawah.  mycakna akan bgtahu secara online jika ada sebarang gol.






* sila rujuk web yang berkaitan untuk mengetahui lebih penjelasan. mycakna bukan la peminat tegar bola =)

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

"Gunakanlah undi anak muda untuk merubah masa depan Negara" - Datuk A Samad Said

Catatan Penghargaan Kepada Unit Amal Malaysia

Catatan dibawah ditulis oleh seorang warga malaysia berbangsa cina sebagai tanda penghargaan kepada Unit Amal Malaysia.

[Kami memberikan penghormatan kepada ahli sukarelawan PAS! Terima kasih kerana melindungi kami Cina! ]

Untuk menghadiri demonstrasi bersih, saya tidak memohon igin dari “Menteri Dalam Negeri” saya, kerana saya tahu dia tidak akan berikan, sebab hujung tahun kami akan berkahwin, jika terdapat apa-apa berlaku, dia pasti akan marah.
...
Saya juga tidak memohon izin dari “Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri” saya, kerana saya tahu memang kena marah nanti, lagipun saya tidak mahu mereka orang tua bimbang tentang saya. Jadi saya kata kepada “Menteri Dalam Negeri”, 8 haribulan saya akan pulang ke kampung.

Keesokan harinya, saya bangun awal kira-kira 8.30am, terus memandang keluar dari tingkap. Wow! Cukup tenang!

Gempar ! Kanister Gas Pemedih Mata FRU digunakan untuk membunuh rakyat PALESTIN!!

FRU guna kanister israel sahkan kezaliman BN- Shuhaimi Shafei

Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih,  didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Buang seorang, seribu BANGKIT !!!

Dibuang universiti kerana anjur Bersih 2.0 Mesir. Kenapa hanya di Mesir?

Semalam saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra di kalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.


Monday, July 18, 2011

Top 10 Police Brutality !!

Dari kaca mata Dr Asri terhadap Allahyarham Dr Lo' lo'

 Dr Lo'lo' yang saya kenali

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Ucapan "Hero" Bersih - Abdul Razak atau terkenal dengan nama 'Ajak' iaitu salah seorang anggota Unit Amal PAS

Jika kerajaan PAS kedah sibuk menyambut bulan Ramadhan tetapi Kerajaan BN melaka sibuk menambah maksiat !!

Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan
Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

Dr Asri menjawab bab ketaatan kepada pemimpin islam yg zalim dan kebenaran mengikut pempimpin bukan islam yang membawa kebaikan

Truth that cannot be covered.. video paling benar dan menyayat hati..WAJIB TENGOKk !!

Sunday, July 17, 2011

Bila orang dalam ketakutan, bawa bendera pun dikatakan bawa pisau. [BERSIHophobia,hehe]

Peserta demo: Saya tidak bawa pisau
Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya.

Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.

Ibu dakwa perkahwinan anak terganggu sebab Najib berdegil? najib pening lagi ??

Ibu dakwa demo jejas perkahwinan anak
Walaupun perhimpunan haram di Kuala Lumpur telah berlalu seminggu lepas, namun peristiwa itu masih menghantui seorang ibu yang masih dirundung perasaan sedih dan pilu.

Impian Kamariya Rejab, 58, untuk melihat majlis perkahwinan anak tunggalnya disambut meriah tidak kesampaian apabila separuh daripada 3,000 tetamu jemputan tidak dapat hadir.

Ini berikutan kesukaran tetamu untuk sampai ke rumah pengantin di Kampung Pandan di Kuala Lumpur apabila pihak polis telah menutup beberapa batang jalan di ibu negara bagi menangani perhimpunan haram itu.

Najib dah kepeningan

 PM: Demo bukan jawapan
Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan.

"Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di London, pada Jumaat malam.

Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan - A Samad Said

 'Polis bengis macam nak makan saya'
Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Malaysia ni negara anti yahudi ka? tak tahu lak aku,haha..

Rahim: M'sia sasaran usaha jatuhkan negara anti-Yahudi
Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.

"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.

"Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Saturday, July 16, 2011

Politik yang di murkai Allah !! Entah siapa yang sanggup melakukannya !!

Risalah lucah ditabur di masjid, sekolah
PAS kawasan Lenggong semalam membuat satu laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah sekolah, surau, masjid dan tempat-tempat awam di sini.

Laporan itu dibuat di balai polis Lenggong diketuai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria bersama 50 masyarakat (gambar) kampung di sini.

Razman berkata, risalah mengandungi gambar lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel itu ditemui oarang ramai di Masjid Gua Badak, Masjid Kampung Kuak, Sekolah Azalan Shah, Pasar Pekan Lenggong, kedai makan kampung Sumpitan dan kampung Tanpan Air.

Thursday, July 14, 2011

Queen Elizabeth Menyokong BERSIH 2.0?

 Queen Elizabeth II meets Najib and Rosmah during an audience at Buckingham Palace in London on Thursday. -AP

LONDON: Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his British counterpart David Cameron held talks at No. 10 Downing Street here Thursday as the two historically-linked countries moved to bring bilateral relations a notch higher.

The meeting was held in conjunction with Najib's four-day offial visit to the UK at the invitation of Cameron.

The two leaders held talks soon after Najib's arrival at the famed address in central London on a rather chilly day despite summer being in full swing.

anak didik BN masih lagi tidak faham islam..mana Perkasa? bagitahu MCA hormat ramadhan !!

 MCA: Larangan bercanggah dengan Buku Jingga
MCA berkata keputusan kerajaan Kedah melarang pusat-pusat hiburan tertentu termasuk karaoke dan disko beroperasi sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, adalah bertentangan dengan manifesto pakatan pembangkang sendiri.

Naib Presidennya Datuk Chor Chee Hueng berkata walaupun kerajaan Kedah memberi kelonggaran kepada operasi gerai-gerai makanan dan restoran makanan segera, tindakan mereka menghentikan operasi tempat-tempat hiburan dalam tempoh itu masih memberi kesan terhadap pengusaha tempatan.

"Dalam manifesto PAS, mereka dengan jelas mengatakan tumpuan ke arah memupuk kebajikan ekonomi orang ramai dengan 'meningkatkan jumlah kumpulan berpendapatan sederhana' dalam masyarakat berbilang kaum, bagi meningkatkan kuasa membeli pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas" - Datuk Samad Said

Samad Said: Najib 'memang kejamlah'
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Kempen Bersih haram? Bagaimana dengan kempen 1Malaysia? Haram jadah ka?

BENTONG, 14 Julai: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihak memahami antara satu kempen dengan sebuah pertubuhan supaya tidak keliru.

Menolak tohmahan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, beliau berkata ia merupakan satu kempen bagi membersihkan sistem pilihan raya yang didukung oleh lebih 60 buah pertubuhan bukan kerajaan.

“Cuba kita tanya adakah kempen 1Malaysia iaitu agenda propaganda Perdana Menteri, sebuah pertubuhan berdaftar?

“Begitu juga sebagai contoh, jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-50, adakah terpaksa berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan?” soalnya.

Mari kita bersama-sama menuntut keadilan keatas kematian Allahyarham Baharuddin

Azhar tuntut keadilan kematian Baharuddin
Anak saudara Allahyarham Baharuddin Ahmad, Azhar Kassim, hari ini tampil di ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), di sini, untuk menuntut keadilan di atas kematian bapa saudaranya.

Beliau tampil bersama Jawatankuasa Bersih 2.0, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan beberapa saksi tindakan penggunaan kekerasan tidak munasabah polis lain ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Ketika membuat pengaduannya, Azhar berkata, kematian Allahyarham amat mengejutkan beliau dan seluruh keluarganya kerana Allahyarham tidak mengalami masalah kronik.

"Dia sihat. Dia tak menghidapi masalah jantung. Dia tak ada penyakit lelah. Dia hanya ada sedikit penyakit darah tinggi tetapi tak kronik. Kematiannya berlaku dengan tiba-tiba. Jadi kematiannya amat memeranjatkan saya dan seluruh keluarganya.

"Sebagai orang islam, kita sepatutnya menggalakkan penganut agama lain pelajari islam bukan mengherdik " -Tuan Ibrahim

Isu baca hadis: Islam bukan untuk Melayu sahaja
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja dan Islam pula bukan hak orang Melayu sahaja.

Itu tegasan dan penerangan yang dibuat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) apabila beliau terbaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika  Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam.

Satim berhujah bahawa Ng tidak layak menggunakan hadis untuk hujahnya kerana beliau seorang bukan Islam dan tidak memahami hadis tersebut.

Najib takut warna kuning sampai mengigau?

BN dilanda Xantho Phobia
KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS menyifatkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang sedang mengidap penyakit Xantho Phobia atau ketakutan kepada warna kuning.

Bagi AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad,  ketakutan ini cukup mempamerkan ketidakstabilan dan rasa tidak selamat yang dialami oleh Najib sejak perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

(Datuk Seri Anwar [kanan] dan pengawal peribadinya antara mangsa Xantho Phobia BN)

Beliau mengulas masalah terbaru yang dialami oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang terpaksa mempertahankan program "Relay fo life" atau larian berganti-ganti untuk kehidupan selama 16 jam yang akan diadakan Sabtu ini.

Yang menimbulkan masalah kepada mereka adalah apabila mereka menetapkan baju T warna kuning untuk penyokong dan baju T warna ungu untuk pesakit kanser untuk yang menyertai larian ini.

Wednesday, July 13, 2011

Kenangan Bersih 2.0

"Pilihan raya adil dan bersih dituntut dalam Islam"- Nik Aziz

Nik Aziz sokong BERSIH 3.0
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong sekiranya himpunan BERSIH 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihan raya.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan, pilihan raya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ia menyentuh soal kepimpinan negara, lapor Harakahdaily.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara? katanya kepada akhbar internet PAS itu.

Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor berkata PAS akan mendesak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan gabungan itu dalam masa terdekat.

Datuk Noh lupa bahawa rakyat tak tengok pangkat tapi tengok KEBENARAN!!

 Noh: Ambiga 'cucuk hidung' MP Pakatan
Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Dengan sinis, Noh (kanan) berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.

"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.

"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen. Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.

"Wirawati" Bersih

Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.

Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.

Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.

Keputusan Akhir Arsenal vs Malaysia


ARSENAL vs MALAYSIA

4-0

Arsenal mendahului dengan jaringan
-AARON RAMSEY 6'
-THEO WALCOTT 37'
-CARLOS VELA 59'
- [not sure who] 90'

Masa tambahan 3 minit
* sila rujuk web yang berkaitan untuk mengetahui lebih penjelasan. mycakna bukan la peminat tegar bola =) 

Papepun, syabas pasukan malaysia kerana beraksi begitu baik terutama khairul Fahmi penjaga gol malaysia, ini membuat anda lebih matang dan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Sekian

Tuesday, July 12, 2011

Gempar !! ..Ada bom di Komtar, George town

Bukan bom tapi beg berisi babi, biawak, itik

Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di Georgetown, petang semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.

Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.

Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.

Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.

Adakah begini ketika rakyat sambut NAJIB?

Inilah gaya pemimpin dunia dan akhirat..


Kematian Demokrasi di malaysia

Berita dari Singapore tentang BERSIH 2.0

Sendiri Menyepi [ Muhasabah di malam hari]

Lagi Kisah Benar yang menyedihkan.. Catatan dari Peserta Cina buktikan Pemuda Pas bawa islam syumul

 Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu.

Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan.

Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Anda baca berita ni..anda pasti geram dan kecewa dengan kumpulan yang di panggil POLIS

Saksi BERSIH mengadu pada Suhakam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini mendengar aduan daripada beberapa orang awam yang mendakwa terdapat keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.

Hadir bersama pemimpin Pemuda PAS, beberapa saksi kejadian tampil menceritakan pengalaman mereka kepada suruhanjaya itu.

Menurut seorang pembantu doktor Abu Bakar Abdul Rahman, dalam perhimpunan itu, beliau menyaksikan sendiri berlakunya polis menyalahgunakan kuasa mereka.

Dengan sebak, pengamal perubatan itu berkata, terdapat peserta yang sedang "bersujud" di atas jalan raya ditendang oleh polis dengan sengaja.

“Saya tidak nampak apa kesalahan yang dia buat, saya rasa dia (polis) hilang ingatan masa itu,” dakwanya.

Dakwanya, beliau juga melihat beberapa peserta perhimpunan yang dibelasah sehingga patah kaki dan tidak mendapat sebarang bantuan daripada polis.

Minta nyawa

"Umno boleh rosakkan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk berjuang" - Mat Sabu

Seberang Jaya: "Umno dan pihak keselamatan boleh rosakkan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk terus berjuang sehingga matlamat memartabatkan kembali maruah negara yang telah musnah akibat permainan jahat Barisan Nasional (BN)," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) di hadapan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau yang datang dengan kerusi roda akibat rempuhan kereta polis ketika membonceng motosikal untuk ke Masjid Negara pada 9 Julai lalu turut mengingatkan pihak keselamatan supaya segera mengubah sikap menjadi lebih profesional tidak mengikut telunjuk BN yang memerintah.

Katanya, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tidak akan berhenti di situ malahan berjanji akan mengadakan lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta kerajaan tidak memperdulikan lapan tuntutan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Tambahnya, seperti mana kata Presiden PAS, Bersih 2.0 merupakan 'mukadimah' kebangkitan rakyat dan seandainya SPR dan Kerajaan Malaysia masih berdegil, tidak mustahil Bersih 3.0 akan bangkit dengan lebih ramai rakyat yang rela bersama ke Kuala Lumpur berarak secara aman.

"Kali ni Najib rasa tertekan maka disuruhnya pihak polis bertindak. Akhirnya polis juga yang kena marah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...