Ilmumaju Services
IKLAN - RM 20 Sebulan Size 468 x 60 (atas entri post)

Sunday, July 10, 2011

Generasi yang akan menumbangkan Negara!!

 PATRIOK meninggalkan panji malaysia begitu sahaja demi menyelamatkan diri masing2 daripada di tangkap.. JELAS NAMPAK HANYA MENYALAK TAK TENTU PASAL, BILA DI SERANG SEMUA LARI BERTEMPIARAN !!!!! . bendera malaysia di buang begitu sahaja, inilah generasi yang akan memusnahkan masa depan negara



Update !. Video Paling Mantap [709-This is Our Land ]

Lawak... kecik2 dah pandai2 benci NAJIB


Tengok saja muka PM najib terus menangis budak di sebelah kiri najib tu…dia tak sanggup tengok muka Najib PM di depannya…samalah dengan seorang lagi budak yang PM tengah dukung tu…bila dia tengok je yang dukungnya itu ialah Najib PM terus je nak terjun turun dari dukungan najib…meluat betul dia kat Najib..kecil2 lagi dah pandai benci kat PM najib…
peristiwa bersejarah ini sempat dirakam oleh wartawan Reuters pictures di Jalan Masjid India  hari ini

pinkturtle2.wordpress.com

Bila Pak Samad Bersuara....

Samad Said: PRU-13 ada sinar harapan perubahan

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa, Datuk A. Samad Said yang dilihat sebagai “ikon baru” berkata, sudah tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan.

“Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa,” kata beliau pada satu ceramah di Taman Melewar dekat sini malam tadi.

Kata Sasterawan Negara ini, “selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat.”

Sehubungan itu, seniman berusia 76 tahun ini yang menjadi tumpuan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara baru-baru ini menambah, pilihan raya umum ke-13 pasti akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan tersebut.

KPT tunggu senarai siswa berdemo


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

"Terpulanglah kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Shah Alam malam tadi.

1 Malaysia minta najib letak jawatan !!


 jom pakat Like Page ni !!

100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation

 

 

Dunia Aman tanpa polis

Majulah Pejuang Rakyat



Album : Ini Langkahku
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com

Bergerak serentak maju ke hadapan,
Wahai pejuang
Satukan langkahmu tembus rintangan,
Wahai pejuang
Jangan ada kata gentar, jangan ada kata ragu
Pejuang sejati berani dan tangguh
Jangan ada kata gentar, jangan ada kata ragu
Pejuang sejati tak pernah bimbang

Tunaikan janjimu kepada Allah,
Wali rakyatku
Penuhi janjimu pada bangsamu,
Wali rakyatku
Jangan pernah ingkar janji,
jangan pernah ingkar waktu
Pejuang sejati menjaga amanah
Jangan pernah ingkar janji,
jangan pernah ingkar waktu
Pejuang sejati tepati janji

Bangkitkan negerimu sejahterakan bangsamu,
wali rakyatku
Bersihkan negerimu dari kekotoran,
wali bangsaku
Maju, maju terus maju
Maju, maju jangan ragu
Jadilah wakil rakyat yang sejati
Maju, maju terus maju
Maju, maju jangan ragu
Jadilah pejuang pembela rakyat

ALERT: Guidance on BERSIH Rally (RAHSIA)

By most accounts, the Bersih 2.0 protest on July 9 could turn out to be massive and will certainly go beyond issues of fair and free elections. With over 100 political, NGO and right groups could be joining the “March for Democracy”, we expect them to champion a slew of issues ranging from inflation to Teoh Beng Hock and Lynas. The protest, if not countered, could undermine the government, the economy and national security. This note sets out the policy guidance and the do’s and don’ts in managing the issue.
NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


YB Datuk,
Attached please find the guidance/messaging on the Bersih issue for your attention and action, where necessary.
This follows the UMNO Political Bureau meeting where this issue was also discussed and that this material be circulated to all bureau members.     
Please note that the usual confidentiality rule applies.
Please do not forward or disseminate it to unauthorised person/persons.
Thank you and best regards
Jalil Hamid
Head, National Communications Team, PMO
************************************* 

Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid

Di saat berita tentang kematian seorang aktivis BERSIH, tidak terdengar pula yang pihak kerajaan turun untuk menziarah mangsa.. dengar kaba kerajaan prihatin, tidak kisah pihak mana, pembangkang @ penyokong..tapi tak nampak batang hidung pun.. NAMPAK SANGAT kerajaan jaga KRONI dan turun bila ada kepentingan !! Syabas Tuan Guru nik Aziz

Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid
KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.

Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)


Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Kerja polis lepas buat kacau....meNAFIkan apa yang mereka buat..bila nak tangkap penjahat sebenar?

POLIS NAFI

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh, telah menafikan polis anti-rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke premis hospital Tung Shin hospital.

Bagaimanapun, Malaysiakini telah menerima banyak gambar daripada orang ramai yang menunjukkan polis menyembur air dan menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital tersebut.

Kakitangan Tung Shin berkata penunjuk perasaan terperangkap apabila anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menutup kedua-dua hujung jalan tersebut.

Katanya merea terpaksa lari masuk ke dalam kawasan hospital Tung Shin kerana mereka tidak dapat masuk ke tapak projek Plaza Rakyat yang terbengkalai yang terletak betul-betul bertentangan dengan hospital tersebut.

Katanya, walaupun terdapat lebih 500 orang di tempat kejadian, tetapi mereka berkelakuan baik tanpa membuat bising atau merosakkan apa-apa.

"Berlaku beberapa keadaan huru-hara apabila pihak polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata. Mereka bersembunyi di dalam hospital, dan menunggu diam-diam sehingga gas tersebut hilang," tambahnya.

Ramainya rakyat yang bodoh

Pagi-pagi ni mycakna nak g ofis, keje.. dengar kat berita dalam radio..

Pemberita beritahu ahli politik tertentu memperBODOHkan rakyat dan mempergunakan rakyat untuk kepentingan tertentu kerana hanya rakyat turun menuntuk pilihan raya bersih . Kerajaan fikir rakyat BODOH??

PRU 13 kita tunjuk siapa yang bodoh sebenarnya.!!!

Bicara Presiden PAS : Pasca pembebasan tangkapan BERSIH 2.0



http://www.facebook.com/nikaziz

Nik Aziz: Saya tak pernah rasai pilihan raya bebas di Malaysia

 Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahi keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad di rumahnya di AU3 Dato Keramat, Kuala Lumpur petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi


 KUALA LUMPUR, 10 Julai — Meneruskan sokongan kepada tuntutan Bersih 2.0, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata sejak menyertai pilihan raya lebih empat dekad lalu, beliau tidak pernah merasai satu persekitaran pilihan raya yang benar-benar bersih di negara ini.

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan turut mempersoalkan tindakan polis menyekat kebebasan demokrasi dengan menghalang Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) daripada mengadakan perhimpunan secara aman di ibu negara semalam menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

"Majoriti Senyap" yang menentang BERSIH adalah kroni Najib?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Perdana menteri menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas berucap kepada 6,000 ahli Umno dan NGO di PWTC pagi ini.

Sambil membayangkan pentadbiran beliau lebih suka rakyat menyuarakan pandangan mereka di internet, Najib menegaskan bahawa bila kerajaan menolak perhimpunan jalanan, ia tidak bermakna ia menjauhi demokrasi.

"Ia tidak bermakna kita tidak komited kepada demokrasi di negara ini, dan kedaulatan undang-undang ... sudah ada demokrasi di negara ini," katanya.

Malaysiakini

88 PENGUNDI SEBUAH RUMAH ???























Rumah yang beralamat 1155, jumlah pemilih di sini ialah 88 orang,nombor dihadapan senarai adalah nombor siri dari
Daftar Pemilih dan nombor terakhir adalah alamat rumah.

1 140707755111 L 1914 SHEIK DAWOOD S/O MOHAMMED GANI 1155
6 280702755029 L 1928 SINNAPPAN A/L MUNUSAMY 1155
7 281008075239 L 1928 NARAINA @ V.K VELOO A/L KALLIMUTHU 1155
24 360902025020 P 1936 MON BINTI YUSOF 1155
37 390601025104 P 1939 CHE GAYAH BINTI MAT DAUD 1155
40 400616085659 L 1940 CHE AHMAD BIN CHIK 1155
45 410210025022 P 1941 THANALECHEMY A/P SUBBAREDY 1155
67 431211085089 L 1943 MUNISAMY A/L MUNISAMY 1155
80 450915075026 P 1945 GOVINDAMMAL A/P SAMIAYAH 1155
90 461103075024 P 1946 RUKUMONY A/P MUTHIAH 1155
101 470528025078 P 1947 PADAVETTA A/P SINNIAH 1155
111 480831075528 P 1948 ANJALAI A/P MUNIAN 1155
116 490218085065 L 1949 SATIWELL A/L R NABBU 1155
120 490812025073 L 1949 RETNASAMY A/L SUBBIAH 1155
127 500217085836 P 1950 MURUGAMAH A/P MANIKAM 1155
128 500312025495 L 1950 MD ISMAIL BIN MYDIN PITCHEY 1155
133 500630075068 P 1950 PANJALAIE A/P S.MOTIYE 1155
135 500818025302 P 1950 KUPPAMMAH A/P SUBRAYA 1155
136 500908075354 P 1950 MUNIAMAH A/P RAMAN 1155
137 501003025293 L 1950 PALANYAPPAN A/L SUBRAMANIYAM 1155
155 521101075399 L 1952 SEGAR A/L SUBRAMANIAM 1155
157 530110025267 L 1953 GOVINDARAJOO A/L RAMAN 1155

Pertama kali dengar polis bertindak begitu CEPAT. Syabas PRDM, eh silap PDRM

PKR menuduh polis bertindak 'tanpa sebarang provokasi' ke atas perarakan aman BERSIH di jalan bawah (underpass) KL Sentral.

Naib parti presidennya, N Surendran berkata mangsa tindakan tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Surendran berkata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dan sasterawan negara, Datuk A Samad Said juga turut menjadi mangsa tindakan polis itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Surendren berkata ketika kumpulan tersebut masuk ke jalan bawah tersebut, mereka dihalang oleh barisan anggota FRU yang membawa senapang gas pemedih mata.

Peserta Bersih tembak pemedih mata?

Tiada gas pemedih mata dilemparkan di Tung Sin, kata polis

Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.
Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam
menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...