BERSIH minta rakyat 'pakai kuning' setiap Sabtu
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu yang menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.
Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.
"Sehingga reform seumpama itu dibuat, kita minta rakyat memakai apa sahaja yang kuning pada setiap Sabtu. Tidak kira sama ada baju atau apa-apa sahaja...,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
sukses sodara !
ReplyDelete