Ilmumaju Services
IKLAN - RM 20 Sebulan Size 468 x 60 (atas entri post)

Friday, July 8, 2011

Bersih oh bersih

Semakin dekat tarikh 9 Julai, semakin galak pihak polis menahan pejuang keadilan yang menyumbangkan sokongan kecil mereka dengan memakai baju kuning.

Kalau hujung minggu lepas 7 orang anak muda yang sedang menjamu selera di Asia City, Kota Kinabalu ditangkap kerana mengenakan pakaian berwarna kuning, tidak tahulah apa yang akan berlaku pada 9 Julai nanti ketika penyerahan memorandum kepada duli yang maha mulia agung, RAJA TANAH MELAYU!

Kemarin aku membaca hasil tulisan seorang hamba Allah di Utusan Borneo (terbitan 3 Julai 2011, Ahad) yang bertajuk “Demonstrasi bukan cara terbaik tentukan masa depan”.

Beliau merujuk kepada perhimpunan aman Bersih 2.0 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 2 Julai ini.

Kenapa statement seperti ini boleh keluar dari seorang rakyat (penulis) yang saya kira mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan?

Saya setuju dengan pendahuluan dalam penulisan beliau bahawa tiada sesiapa yang merasakan  dirinya bertanggungjawab terhadap negara ini melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan rakyat keseluruhannya, seterusnya menjahanamkan negara ini.

Wah, statement yang agak berat apabila dia menyambung ayat tersebut dengan mengatakan “akhir-akhir ini ternampak seolah-olah ada pihak tertentu yang menjadikan negara ini seolah-olah sebuah negara yang diurus oleh pendemonstrasi jalanan”.  Kalau beliau melihat secara bijaksana akan tuntutan rally Bersih, mana mungkin manusia sebijaknya akan menolak tuntutan untuk kebaikan ini.

Pada pendapat saya, tidak patut diputarbelitkan tuntutan Bersih 2.0 itu kerana tuntutan tersebut semata-mata untuk kepentingan demokrasi dan selaras dengan tuntutan Islam sendiri yang memfokuskan kepada keadilan dan kesaksamaan.

Apa yang tidak bestnya lagi dalam penulisannya apabila dia kaitkan rally Bersih 2.0 ini dengan Hindraf and isu novel interlok dengan perkataan Paria. Mentang-mentanglahlah Amiga Sreenevasan mengetuai rally kali ini, dia kata Amiga dari ‘kumpulan kaum yang sama’ (sic) kali ini mendakwa untuk menjalankan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini. Bagi aku, penulisannya adalah tuduhan berat bagi seorang Sabahan yang lahir di tanah yang mempunyai pelbagai bangsa.

Dia dengan bangganya mengaku tidak rasis, tapi kenyataannya itu tidak sepadan dengan apa yang ditulisnya.


Bila aku baca penulisannya berkali-kali sampai ke bahagian akhir, aku betul-betul kecewa dengan penilaian dan pemikirannya yang menganggap rally Bersih sebagai tidak bertamadun. Adakah perhimpunan aman yang bertujuan untuk menghantar warkah yang menuntut kebaikan untuk rakyat itu dianggap tidak bertamadun?

Sejak rally Bersih pada 2007, aku tidak pernah melihat dan mendengar penganjur menggalakkan penyokongnya untuk berkasar dan berkelakuan tidak senonoh, malah mereka dinasihatkan dengan berkali-kali diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan yang menuntut pilihanraya yang lebih telus. Tidak pernah ada paksaan, malah kalau keberatan tidak digalakkan menyertai.

Baru-baru ini juga Amiga telah memohon kepada pihak polis supaya memberikan mereka laluan untuk ke istana bagi memudahkan mereka menghantar memorandum, tetapi ahli politik kerajaan yang terasa tercabar dengan gelombang ke-dua ini menggesa supaya perhimpunan  ini diharamkan.

Bukan sahaja politikus dan ‘politikus wannabe’ yang mati-matian membantah rally kali ini tapi ada juga hamba-hamba Allah yang lain mengatakan “demonstrasi bukan cara terbaik untuk menuntut pilihanraya bersih”. Ingatkan semua penyokong rally Bersih ini bodoh ka sampai mahu rosakkan negara?

Dia tahukah tuntutan sebenar Bersih kali ini atau terus-terusan sahaja melabel mereka sebagai pejuang demonstrasi jalanan? Kebanyakan mereka yang menyokong adalah di kalangan yang berpelajaran tinggi. Mereka pernah menghadiri persidangan parlimen yang JARANG SEKALI menjadi medium terbaik untuk membantu rakyat mahupun berbincang untuk kebaikan negara.

Saya cabar, datanglah ke mana-mana persidangan parlimen, ataupun paling dekat ke tiap kali sitting dewan undangan negeri di LIkas. BIKIN MUNTAH BAH KADANG-KADANG KALAU DENGAR PENJELASAN DAN PERANG MULUT PEMIMPIN-PEMIMPIN KERAJAAN YANG TERLALU OBSES DENGAN KUASA! Kalau dengar cara diorang cakap, anda akan faham kenapa rakyat sanggup turun di jalanan dan bertindak sendiri untuk menghantar rayuan kepada Raja untuk membuat tuntutan.
In case kalau masih belum jelas dengan tuntutan Bersih kali ini:
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
- Terlalu banyak senarai pengundi yang diragukan. Terlalu banyak report dibuat tapi NO ACTION!
2. MEREFORMASIKAN UNDI POS
- Ramai yang mengaku dipaksa untuk mengundi kerajaan, dan banyak lagi kertas undi dari undi pos yang diragui asalnya. NO ACTION!
3. GUNAKAN DAKWAT KEKAL
- Terlalu banyak laporan individu tertentu mengundi untuk kerajaan di tempat yang berlainan. Sekian lama dibawa ke parlimen dan dewan undangan negeri tapi NO ACTION!
4. AKSES MEDIA BEBAS + ADIL
- Berapa ramai wartawan dan publication company yang terpaksa menurut apa yang pemerintah cakap. Kalau ingkar, lesen mencetak akan dibatalkan. Terlalu ramai wartawan menuntut untuk hapuskan akta ini tapi NO ACTION!
5. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
- Sekarang cuma ada 10 hari untuk berkempen dan tidak cukup untuk menyampaikan manifesto sampai ke pedalaman. Nak tahu apa kerajaan sekarang buat dalam masa singkat ni? BOM la RM50 jak… lepas tu bila buat report, NO ACTION!
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
- Terlalu banyak complain kerana sistem yang sangat lemah. Birokrasi!
7. HENTIKAN RASUAH
- Benda ni perlu cakap banyak lagi ka? Bikin malu anak bangsa saja!
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
- Sendiri mau ingat la yang ini…

Sebab itulan apabila aku membaca tulisan pakcik ini, aku agak kesian dan dalam masa yang sama terkilan juga kerana dengan terang-terangan mengaku gerakan sastera di Sabah tidak terpengaruh dengan hal lain, melainkan cuma yang sehaluan dengan kerajaan.

OMG! Bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan bahasa bisa terang-terangan mengaku minta hidungnya dicucuk? Dengan jelasnya tuntutan Bersih ini untuk kebaikan negara dan masa hadapan, kenapa masih menganggap ia satu omongan kosong dan menuduh ia adalah tidak bertamadun?!

Walau bagaimanapun, part paling menarik dalam penulisannya apabila dia cakap sasterawan negara, A. Samad Said dikatanya “TERPENGARUH DENGAN KATA-KATA AMIGA YANG LANTANG”. Aduh, di manakah akalmu wahai beliau sampai mengatakan Pak Samad begitu mudah terpengaruh?

Akhirnya, apabila aku membaca kembali ulasannya di bahagian penutup, aku baru faham kenapa penutupnya berapi-api mengipas perdana menteri dan ketua menteri.

Dia memuji-muji PM yang katanya memberikan pelbagai intensif dalam menyerlahkan lagi kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan kesenian di negeri ini (dengan mengisytiharkan English sebagai bahasa penghantar dalam subjek Sains dan Math? Hehehehe jangan salah cakap pak…)

Selapas itu dia menyebut juga nama ketua menteri, berterima kasih dengan pelbagai bantuan yang diberikan… juga menyebut nama seorang lagi datuk yang menyediakan sejumlah dana unutk membiayai kos penerbitan buku… dan banyak lagi sumbangan dan sumbangan dan dana dan peruntukan.. bla bla bla…

Sumbangan dan bantuan dari kerajaan memanglah diperlukan tetapi janganlah sampai maruah kita tergadai. Sumbangan itupun bukan dari siapa-siapa.. Itu wang rakyat juga… maka itu adalah tanggungjawab mereka. Amanah rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka.
MasyAllah… ini adalah satu pandangan dan penulisan aku yang tidak punya nama dan pangkat dalam dunia ini. Tidak dapat melawan kedudukan penulis tersebut yang mungkin mempunyai ramai kawan dan kenalan yang punya ‘kuasa’ dunia.

Walau bagaimanapun, aku cuma memberikan sedikit maklumat yang mungkin terlimpas pandang, ya la… kita mungkin terlalu terpengaruh dengan kata-kata insan-insan yang banyak menyumbang kepada kita tapi pada dasarnya, kita harus utamakan kebaikan rakyat secara keseluruhannya…
Pada hakikatnya, gelombang kali ini lebih hebat dari pilihanraya 2008. Tidak hairan juga kalau pemerintah sekarang ini agak takut dengan keadaan yang semakin ‘tidak menyebelahi’ mereka…
Mohon maaf andai sakit untuk dibaca tapi sudah masanya kita berfikir cara terbuka dan kritikal. Negara ini harus diselamatkan!

Di atas adalah luahan peribadi yang di ambil dari http://ladymariah.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...