MCA: Larangan bercanggah dengan Buku Jingga
MCA berkata keputusan kerajaan Kedah melarang pusat-pusat hiburan tertentu termasuk karaoke dan disko beroperasi sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, adalah bertentangan dengan manifesto pakatan pembangkang sendiri.
Naib Presidennya Datuk Chor Chee Hueng berkata walaupun kerajaan Kedah memberi kelonggaran kepada operasi gerai-gerai makanan dan restoran makanan segera, tindakan mereka menghentikan operasi tempat-tempat hiburan dalam tempoh itu masih memberi kesan terhadap pengusaha tempatan.
"Dalam manifesto PAS, mereka dengan jelas mengatakan tumpuan ke arah memupuk kebajikan ekonomi orang ramai dengan 'meningkatkan jumlah kumpulan berpendapatan sederhana' dalam masyarakat berbilang kaum, bagi meningkatkan kuasa membeli pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Dalam buku yang diterbitkan mereka yang dikenali "Buku Jingga", terdapat satu seksyen yang khusus merujuk kepada usaha 'meningkatkan pendapat rakyat', namun larangan operasi di bulan Ramadan yang ditampilkan kerajaan negeri Kedah jelas bertentangan dengan usaha ini," tambahnya.Naib Presidennya Datuk Chor Chee Hueng berkata walaupun kerajaan Kedah memberi kelonggaran kepada operasi gerai-gerai makanan dan restoran makanan segera, tindakan mereka menghentikan operasi tempat-tempat hiburan dalam tempoh itu masih memberi kesan terhadap pengusaha tempatan.
"Dalam manifesto PAS, mereka dengan jelas mengatakan tumpuan ke arah memupuk kebajikan ekonomi orang ramai dengan 'meningkatkan jumlah kumpulan berpendapatan sederhana' dalam masyarakat berbilang kaum, bagi meningkatkan kuasa membeli pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chor yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata tindakan kerajaan negeri Kedah yang sanggup mengorbankan ekonomi pemilik pusat hiburan dari kalangan bukan Melayu di bulan Ramadan, amat mengecewakan.
Beliau berkata semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri Kedah, kerajaan negeri tidak memaksa pusat-pusat ini untuk menutup operasi kerana mereka memberi kepercayaan penuh kepada rakyat Kedah untuk membuat keputusan sendiri.
"PAS dan Pakatan Rakyat seharusnya mengambil contoh daripada pengalaman BN mentadbir Kedah, dan percaya kepada rakyat untuk membuat pilihan sendiri," kata Chor yang juga Anggota Parlimen Alor Setar.
Menurutnya rakyat pelbagai kaum dalam negara kini pasti tertanya-tanya mengapa kerajaan Barisan Nasional dapat menangani isu itu dengan baik setiap bulan Ramadan, sedangkan kerajaan pimpinan PAS terus mengambil langkah tegas tanpa menghiraukan hak orang bukan Melayu.
"Apa yang lebih merisaukan ialah langkah ini juga sedang ditimbangkan di Pulau Pinang. Dengan penduduk yang berbilang kaum di Pulau Pinang, larangan waktu operasi pasti akan menjejaskan pengusaha pusat hiburan, di samping mencabuli hak penduduk Pulau Pinang," tambahnya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment