Ilmumaju Services
IKLAN - RM 20 Sebulan Size 468 x 60 (atas entri post)

Monday, July 11, 2011

Hisham buat negara ni macam bapak dia punya.haha

Berdepan dengan pelbagai dakwaan bertindak ganas sewaktu perarakan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, polis akan mengeluarkan rakaman visual bagi menafikan perkara tersebut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka
"dalam media yang telah membuat dakwaan tidak berasas".

"Kami mempunyai rakaman visual di dalam bilik operasi kami.

"Apa sahaja yang telah didakwa akan disiasat dengan bukti kukuh, dan tindakan akan diambil terhadap mereka di internet dan media asing yang telah membuat dakwaan tidak berasas," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat polis persekutuan di Bukit Aman hari ini.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dakwaan yang tidak benar terhadap polis, dan mengambil tindakan sewajarnya.

Seperti Popeye mendapat spinach (bayam) -Tahniah Zunar..!!

Kenapa cubit kalau boleh tumbuk?

 Sebagai kartunis editorial, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentang ketidakadilan. Di Malaysia, dan juga di negara-negara dunia ketiga serta Timur Tengah, kartunis menghadapi cabaran lebih berat.

Kita mesti bersedia menghadapi sebagai risiko. Kita mesti terus bangun. Kita mesti terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir. Jika kita berundur, bererti kita mengorbankan prinsip kita menentang kezaliman. Apabila melukis kartun merupakan kesalahan jenayah, petanda penguasa mula goyah.

Saya memfailkan saman terhadap kerajaan untuk mencabar pengharaman buku-buku saya. Untuk kes ini, hakim akan memberi keputusan pada 14 Julai depan.

Saya juga memfailkan satu lagi saman untuk mencabar kerajaan kerana menangkap saya secara tidak sah tahun lepas. Untuk kes ini, mahkamah belum lagi memberi keputusan.

Sunday, July 10, 2011

Generasi yang akan menumbangkan Negara!!

 PATRIOK meninggalkan panji malaysia begitu sahaja demi menyelamatkan diri masing2 daripada di tangkap.. JELAS NAMPAK HANYA MENYALAK TAK TENTU PASAL, BILA DI SERANG SEMUA LARI BERTEMPIARAN !!!!! . bendera malaysia di buang begitu sahaja, inilah generasi yang akan memusnahkan masa depan negara



Update !. Video Paling Mantap [709-This is Our Land ]

Lawak... kecik2 dah pandai2 benci NAJIB


Tengok saja muka PM najib terus menangis budak di sebelah kiri najib tu…dia tak sanggup tengok muka Najib PM di depannya…samalah dengan seorang lagi budak yang PM tengah dukung tu…bila dia tengok je yang dukungnya itu ialah Najib PM terus je nak terjun turun dari dukungan najib…meluat betul dia kat Najib..kecil2 lagi dah pandai benci kat PM najib…
peristiwa bersejarah ini sempat dirakam oleh wartawan Reuters pictures di Jalan Masjid India  hari ini

pinkturtle2.wordpress.com

Bila Pak Samad Bersuara....

Samad Said: PRU-13 ada sinar harapan perubahan

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Di sebalik perkembangan sosiopolitik semasa, Datuk A. Samad Said yang dilihat sebagai “ikon baru” berkata, sudah tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan.

“Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa,” kata beliau pada satu ceramah di Taman Melewar dekat sini malam tadi.

Kata Sasterawan Negara ini, “selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat.”

Sehubungan itu, seniman berusia 76 tahun ini yang menjadi tumpuan ketika perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara baru-baru ini menambah, pilihan raya umum ke-13 pasti akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan tersebut.

KPT tunggu senarai siswa berdemo


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Beliau berkata senarai pelajar itu nanti akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan selanjutnya.

"Terpulanglah kepada universiti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap pelajar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Shah Alam malam tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...