Ilmumaju Services
IKLAN - RM 20 Sebulan Size 468 x 60 (atas entri post)

Friday, July 8, 2011

Lagi Gambar Terbaru BERSIH Jam 2.30 PM




Lintas Langsung BERSIH 2.0 (KLIK DI BAWAH !!)


Perarakan: Gas pemedih mata, meriam air dilepaskan


Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

Polis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

Malaysiakini

A Samad Said [Peludah warna]

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said


koleksi Gambar Terkini 2.00 PM





BERSIH 2.0 terus Menggertak kerajaan


Kaki Bodet Kerajaan tinggal sekerat ??


Penyokong Patriot yang berkumpul di Jalan Bukit Bintang

Jemaah manusia datang dari pelbagai arah. ALLAHUAKBAR !!



Tangkapan setakat ini ialah 514 !!

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.

Malaysiakini

Inikah Tugas Polis??



YB Mahfuz Dan YB Salahuddin Ditangkap Polis !!

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.

Gambar Terkini BERSIH (update !)

Sila REFRESH setiap 5 minit





























338 ditahan, stesen LRT, monorail sekitar stadium ditutup



Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

malaysiakini

Ikuti Perkembangan Bersih 2.0

PENGUMUMAN:

Ikuti berita langsung Himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR: KeadilanDaily – portal rasmi KEADILAN akan membawakan pembaca berita secara langsung dari lokasi Himpunan Bersih 2.0 dengan menempatkan ramai wartawan dan jurugambar di beberapa lokasi terpilih.

Untuk memudahkan capaian maklumat dari lokasi, pembaca khususnya pengguna twitter dan facebook digalakkan mengikuti http://twitter.com/#!/KeadilanDaily atau mengikuti http://www.facebook.com/KeadilanDaily

Pada masa sama, berita semasa terus dimuatkan dalam portal KeadilanDaily seperti biasa.

Jika KeadilanDaily dilanda masalah, sama ada kesesakan trafik atau kemungkinan serangan pihak tertentu atau digodam yang kerap berlaku kebelakangan ini, laman web alternatif disediakan iaitu http://keadilandaily.wordpress.com/


BERSIH 2.0 :TERKINI

Lebuhraya Persekutuan menghala ke KL telah ditutup. Kenderaan telah dilencongkan samada ke Jln Kelang Lama atau terus ke Cheras atau Seremban.

Polis sedang melakukan pemeriksaan disetiap bilik-bilik hotel sekitar KL dan PJ

Nota ; Kawan aku di Teluk Intan memberitahu tampat kerja dia Grand Court - hotel baru di Teluk Intan - telah diserbu malam tadi, periksa setiap bilik jam - DEPA CARI BAJU KUNING hahahaha

mimpi-senja.blogspot.com

Bukti penyelewengan (Eklusif Mat Sabu)

Bersih:"Kita yakin pintu stadium akan dibuka untuk kita"

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Kurang 24 jam menjelang Himpunan Bersih 2.0, penganjurnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) terus menerima tekanan dari pihak berkuasa termasuk permohonan permit berhimpun di Stadium Merdeka, akhirnya ditolak.

Biarpun berdepan halangan itu, Bersih yang disokong parti-parti politik dan 80 NGO tetap akan meneruskan hasratnya seperti yang diperuntukkan perlembagaan untuk berhimpun secara aman.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, mereka mengajak rakyat untuk berhimpun di luar Stadium Merdeka, jam 2 petang esok.

"Kepimpinan Bersih 2.0 mengulangi komitmen akan berada di Stadium Merdeka pada pukul 2 petang esok. Kita akan bertemu di tempat letak kereta, dan percaya bahawa pintu akan dibuka untuk kita," kata mereka.

Dalam kenyataan itu mereka turut menzahirkan rasa kecewa dengan layanan pihak kerajaan dan pihak berkuasa terhadap keihlasan mereka.

Sedangkan kata mereka, hasrat perhimpunan itu sangat murni iaitu untuk menuntut daftar pemilih dibersihkan, sistem pengundian pos diperbaharui, bahawa dakwat kekal akan digunakan, tempoh minimum 21 hari kempen yang ditabal, akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua yang diperuntukkan , institusi awam diperkukuhkan, dan rasuah serta politik kotor dihentikan.

Kami bersama mu A Samad Said dan para seniman

100 seniman pertahan sajak pro-BERSIH

Lebih seratus seniman pelbagai bidang hari ini tampil mengkritik tindakan polis menyiasat Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang disiasat bawah akta polis dan akta hasutan kerana membaca sebuah sajak pro-BERSIH.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu mempersoalkan sama ada benar penyair 76 tahun itu melakukah jenayah besar hanya dengan membacakan puisi 'Unggun Bersih' pada pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam.

"Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi budaya ketakutan," kata mereka.

Antara sekumpulan pelukis itu, seniman bidang lain yang tampil termasuklah kolumnis Farish A Noor, penulis Dr Siti Zainon Ismail, aktivis teater Marion D'Cruz dan Jo Kukathas serta pengkritik sastera Eddin Khoo.

Selain itu, turut menyokong, lima organisasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk penggiat teater Rumah Anak Teater, Five Arts Centre dan Instant Cafe Theatre.

Sebelum ini, diketuai aktivis teater Che Samsuddin Othman atau Dinsman, sekumpulan penulis, kebanyakannya sasterawan, tampil menyatakan pendirian sama dalam sidang media di Shah Alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...