Ilmumaju Services
IKLAN - RM 20 Sebulan Size 468 x 60 (atas entri post)

Wednesday, July 27, 2011

Penyatuan UMNO PAS boleh terjadi....

Nampaknya UMNO tidak serik lagi ingin mengajak PAS bersatu dengan mereka. dalam malaysiakini berita bertajuk Umno masih harap dapat kerjasama dengan PAS jelas menunjukkan UMNO semakin hilang taring. apabila semakin banyak undi melayu, cina dan india mula beralih kepada undi pakatan rakyat (PR)..

Pernah Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu, jika Umno sanggup meletakkan Al-Quran dan AŃ•-Sunnah sebagai dasar perjuangan, maka tiada lagi PAS selepas itu.


UMNO masih tak faham dan masih buat2 tak faham. sebagai umat islam, mereka (UMNO) sepatutnya mengejar redha Allah bukan harta, pangkat semata-mata. rakyat sendiri di tindas, dipukul, di sinis seperti rakyat ini tiada harga di sisi mereka. mereka lupa bahawa pejuang-pejuang Allah rela dihina di mata manusia daripada dihina di mata Allah !!..

Penyatuan UMNO-PAS boleh terjadi jika UMNO terima islam 100%. jangan letakkan islam di bawah perlembagaan lagi dan undag-undang malaysia hendaklah megutamakan hukum Allah dari hukum yang di cipta Manusia..jika ada saat itu, mungkin PAS sudah tiada (bubar), yang ada hanyalah kerajaan islam yang adil yang berbakti kepada seluruh umat! .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...