Ilmumaju Services
IKLAN - RM 20 Sebulan Size 468 x 60 (atas entri post)

Saturday, July 9, 2011

About KFC Malaysia. Alangkah bagus jika mereka tahu..

Nama " bersih" digeruni oleh BN?

Kah3x.. lawak lak.. Hanya kerana bersih, maka semua benda salah, lepas ni tak boleh dah la tulis perkataan 'bersih' sesuka hati
  1. "Bersih"kan Kasut anda
  2. gigi anda hendaklah sentiasa "bersih"
  3. Sila "bersih" makmal sebelum keluar
  4. kalau mana2 kompani@ rumah tulis perkataan "bersih", maka akan di siasat.. SYOKNYA !!
Terfikir jap, adalah mereka tidak bersih? maka mereka takut akan bersih?.he


Polis siasat ibupejabat SAPP kerana perkataan 'Bersih'

Ibupejabat Parti Maju Sabah (SAPP) di Kota Kinabalu menerima kunjungan mengejut pihak polis semalam - semuanya kerana terdapat perkataan tabu "Bersih" pada papan tandanya.

Mereka boleh angkuh dengan manusia tetapi tidak dengan Tuhan Penguasa Alam


Ini di Hospital Kanak2. Sebaik sahaja pihak polis menipu kami semasa rundingan, dan kami semua ke jalangraya semula (kabarnya pihak polis bg kami berarak ke Stadium Merdeka), akhirnya kami ditembak dan melarikan diri. Ada yg sempat mendaki bukit pepohonan di belakang hospital, yang terlambat ditangkap. Lihatlah betapa angkuhnya pihak POLIS ini

Facebook : Kami Benci Saiful Bukhari!

Tahniah BERSIH 2.0

Nik Aziz: Umno hanya tambah kebencian rakyat

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan BERSIH 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah.

Nik Aziz berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai kerajaan dan juga merupakan presiden Umno.

“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” soalnya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal sedangkan “Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”

Berita Aljazera [bukti kekejaman kerajaan]

Solat Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad Jam 10 Pagi

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

"Saya meminta semua ahli PAS datang beramai-ramai untuk memberikan penghormatan terakhir kita kepada Allahyarham pagi esok," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Mesyuarat tergempar AJK PAS Pusat yang dipengerusikan Datuk Husam Musa malam tadi juga antara lain membincangkan kejadian ini dan memutuskan untuk bersama-sama turun ke sana.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.

Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Malam tadi, Jawatankuasa PAS Pusat membuat mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan sikap post-Bersih 2.0.

"Harga" yang perlu di bayar

Secara ringkas berikut adalah “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
  • 1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
  • Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.
  • Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
  • Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar. 
  • Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).

Akhirnya Presiden Pas di bebaskan- Alhamdulillah

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.

“Apa yang boleh saya katakan ialah syabas rakyat Malaysia, kita tidak berjaya ditakutkan.

“Ini bukan sahaja lagi mengenai pembaharuan pilihan raya. Apa yang kami capai hari ini adalah kehendak rakyat yang mahukan proses pilihan raya yang lebih canggih. Ini telah membuka mata rakyat, dan ini telah kita capai,” kata Ambiga.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.

Selain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain.

Seorang peserta himpunan BERSIH 2.0 meninggal dunia


BERITA SEDIH DARI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Saudara Baharuddin bin Ahmad ( suami kepada Puan Rusni Melan Ketua Wanita Cabang Setiawangsa) telah kembali kerahmatullah.akibat terjatuh kerana sesak nafas asap gas pemedih mata.

Menurut twitter adun sri muda, shuhaimi shafie :
Suami kepada ketua wanita setiawangsa telah kembali kerahmatllah sebentar td akibat dr sedutan gas pemedih api yg berlebihan.

Kepada sesiapa yg ingin melawat boleh pergi ke alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 KL
Sama-sama sedekah kan ummul kitab al-fatihah


SEMENTARA ITU DI MASJIDIL HARAM

Setiausaha Akhbar TG Nik Aziz  memaklumkan tentang keadaan T G Nik Aziz ketika mendapat tahu T G H Hadi di tangkap. Lalu, T G Nik Aziz menangis dan terus menunaikan solat dan berdoa

"di saat membisikkan ke telinga beliau(T G Nik Aziz) di Masjidil Haram ttg penangkapan TGHH dan nasib yang menimpa pimpinan yang lain... mata beliau bergenang, beliau bangun bersolat, sujud yang panjang... beliau berdoa, panjang... dan membingkiskan untaian harapan..." http://www.facebook.com/nikaziz

Tabik Datuk A Samad Said


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.

Katanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

"Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu.

Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya. 

Lintasan Penuh BERSIH 2.0 (malaysiakini)

Lintasan Penuh BERSIH 2.0 [9hb Julai 2011]

4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

Katanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.

4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.

Lintasan Penuh BERSIH 2.0 ( keadilandaily twitter )

Lintasan Penuh BERSIH 2.0 ( keadilandaily twitter )

5.24 PM: Lebih 1,000 peserta himpunan aman dinafikan akses kpd peguam, menyalahi Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan, kata Fadiah Nadwa Fikri dr LFL

5.23 PM: Dijangkakan 50,000 hadir. Walau gagal serah memorandum, akan teruskan kempen dgn cara berhemah. Antaranya pemakaian baju kuning.

5.22 PM: Sidang media bersama J/kuasa Pemandu di perkarangan Hotel Midah. Himpunan berjaya

5.10 PM: Anggota polis masih berlegar di sekitar KLCC. Aktivis Bersih pula dilaporkan sudah bersurai di depan KLCC

4.51 PM: Peserta himpunan menuju ke Kg Baru. Melintasi Ampang Park

4.50 PM: Jawatankuasa Bersih dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

4.44 PM: Polis beserta trak FRU menembak air kimia ke arah orang ramai di KLCC, meskipun mereka mulai hendak bersurai.

4.35 PM: Tian Chua: Presiden Pas, Abdul Hadi sedang berada dalam trak polis, di Balai Polis Jinjang. Sekurangnya 100 ditahan si sana.

4.31 PM: Polis terus gempur peserta himpunan yang dalam perjalanan pulang di Masjid Negara hingga ke Pasar Seni

Perserta Bersih bersalaman tanda sayang

Gambar BERSIH sekitar 4.00 PM

Generasi akan datang pasti akan mengingati HARI INI iaitu Hari Kemenangan Pakatan Rakyat menggertak kerajaan Barisan Nasional (9hb Julai 2011), dimana rakyat di tindas, di sembur pemedih mata, yang islam di larang bersolat di masjid tertentu. di mana hilang perikemanusiaan, di mana hilangnya nilai islam. cukup lah 54 Tahun menyeksa kami. kami tetap akan bangkit. jika bukan hari ni, tunggu 10 tahun nanti, anak-anak kami akan menyambung perjuangan kami. Allahuakbar!


A Samad Said Tiba Bersama Para Demo Di Stadium Merdeka! Allahukhbar!

Sasterawan Negara, antara 600 penyokong Bersih tiba di Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, sekumpulan 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 dengan diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba di kawasan Stadium Merdeka.

Mereka tiba di Stadium Merdeka meskipun tidak disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka, yang sebahagian besarnya ditahan polis sejak 12.45 tengah hari tadi.

Samad merupakan antara individu yang disoal siasat kerana berucap pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di ibu negara bulan lalu.

Tinjauan mendapati kumpulan penyokong itu menghampiri kawasan Stadium Merdeka sekitar 3 petang selepas siri tembakan gas pemedih mata oleh FRU di kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank.

Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan mereka ke atas penyokong Bersih 2.0 sejak awal pagi tadi dan menahan lebih 500 orang setakat 1 tengah hari tadi.

Meskipun pemimpin kanan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat tidak bersama mereka, dalam kumpulan kecil-kecilan, menuju ke kawasan Stadium Merdeka.

Di kawasan Stadium Merdeka polis terus melepaskan gas pemedih mata selepas meminta mereka bersurai.

Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Hotel KL Hilton, KL Sentral, tempat pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat berhimpun, Samad berkata golongan seniman mesti bercakap terhadap salah guna kuasa dan harus memainkan peranan di pentas utama.

BEBASKAN PRESIDEN PAS KAMI !!!

Presiden PAS ditangkap
harakah daily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.

Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.


Semoga Allah memberi perlindungan kepada Tuan Guru Kami dan memberi taufik dan hidayah kepada orang yang menangkap Tuan Guru Kami. Amin..

P/s: Doa orang yang di zalimi akan di perkenankan dengan izin Allah.. Takbir ! ALLAHUAKBAR !

Bukti rakyat rindu kerajaan baru






30,000 berkumpul di Jalan Pudu sebelum disuraikan

(30,000 berjaya berkumpul di depan menara Maybank, Pudu sebelum dipecahkan melalui gas pemedih mata dan water canon polis)

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pasukan terbesar yang berjaya bergabung sebelum disuraikan polis berlaku di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank apabila pasukan dari Jalan Pasar bertemu dengan dari Masjid Jamek dan Central Market di situ.

Antara pemimpin yang ada di sini adalah Dr Hatta Ramli (Pengarah Pilihan raya PAS), Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani bersama pimpinan DAP dan PKR dan PAS yang lain.

Menurut Taufek, perhimpunan yang bermula di jalan Pasar sekitar 500 sahaja tiba-tiba berkembanng cepat kepada hampir 10,000 pada jam 1.30 tengahari.

(Pasukan dari Jalan Pasar yang disertai Taufek Ghani)

Di Jalan Raja Chulan, mereka bergabung dengan pasukan dari Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan Central Market dan menjadikan mereka 30,000.

"Kami kemudian berpecah apabila disembur dengan water canon di depan Menara Maybank," kata Taufek ketika dihubungi yang kini berada di Jalan Raja Chulan di belakang Maybank bersama pasukannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...