Ilmumaju Services
IKLAN - RM 20 Sebulan Size 468 x 60 (atas entri post)

Thursday, July 14, 2011

"Sebagai orang islam, kita sepatutnya menggalakkan penganut agama lain pelajari islam bukan mengherdik " -Tuan Ibrahim

Isu baca hadis: Islam bukan untuk Melayu sahaja
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja dan Islam pula bukan hak orang Melayu sahaja.

Itu tegasan dan penerangan yang dibuat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) apabila beliau terbaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika  Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam.

Satim berhujah bahawa Ng tidak layak menggunakan hadis untuk hujahnya kerana beliau seorang bukan Islam dan tidak memahami hadis tersebut.

Najib takut warna kuning sampai mengigau?

BN dilanda Xantho Phobia
KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS menyifatkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang sedang mengidap penyakit Xantho Phobia atau ketakutan kepada warna kuning.

Bagi AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad,  ketakutan ini cukup mempamerkan ketidakstabilan dan rasa tidak selamat yang dialami oleh Najib sejak perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

(Datuk Seri Anwar [kanan] dan pengawal peribadinya antara mangsa Xantho Phobia BN)

Beliau mengulas masalah terbaru yang dialami oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang terpaksa mempertahankan program "Relay fo life" atau larian berganti-ganti untuk kehidupan selama 16 jam yang akan diadakan Sabtu ini.

Yang menimbulkan masalah kepada mereka adalah apabila mereka menetapkan baju T warna kuning untuk penyokong dan baju T warna ungu untuk pesakit kanser untuk yang menyertai larian ini.

Wednesday, July 13, 2011

Kenangan Bersih 2.0

"Pilihan raya adil dan bersih dituntut dalam Islam"- Nik Aziz

Nik Aziz sokong BERSIH 3.0
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong sekiranya himpunan BERSIH 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihan raya.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan, pilihan raya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ia menyentuh soal kepimpinan negara, lapor Harakahdaily.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara? katanya kepada akhbar internet PAS itu.

Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor berkata PAS akan mendesak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan gabungan itu dalam masa terdekat.

Datuk Noh lupa bahawa rakyat tak tengok pangkat tapi tengok KEBENARAN!!

 Noh: Ambiga 'cucuk hidung' MP Pakatan
Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Dengan sinis, Noh (kanan) berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.

"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.

"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen. Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.

"Wirawati" Bersih

Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakaian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.

Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.

Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.

Keputusan Akhir Arsenal vs Malaysia


ARSENAL vs MALAYSIA

4-0

Arsenal mendahului dengan jaringan
-AARON RAMSEY 6'
-THEO WALCOTT 37'
-CARLOS VELA 59'
- [not sure who] 90'

Masa tambahan 3 minit
* sila rujuk web yang berkaitan untuk mengetahui lebih penjelasan. mycakna bukan la peminat tegar bola =) 

Papepun, syabas pasukan malaysia kerana beraksi begitu baik terutama khairul Fahmi penjaga gol malaysia, ini membuat anda lebih matang dan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...